Isnin, 11 Oktober 2010

preparation hehe~

Pengenalan Identiti

Salam. 3rd Review untuk Major Discipline telah selesai. Di tengah kesibukan pelajar-pelajar part 6 menyiapkan kerja-kerja akhir sebelum menjelangnya final assessment & DIPLOMA SHOW, satu AJK di bentuk untuk membuat persedian menjelang hari berkenaan. Penubuhan AJK ini melibatkan kesemua pelajar part 6 yang mengambil kursus di bawah subjek Major Discipline iaitu seramai 32 orang.

Diploma Show ini merupakan satu pameran akhir oleh pelajar-pelajar Graphic Design & Media Digital, Fakulti Seni lukis dan seni Reka, UiTM. Dan kali ini merupakan batch kelima, pelajar tahun akhir yang akan membuat pameran. Tema untuk diploma show kali ini ialah hitam-putih. Setelah perbincangan di buat, inilah logo design yang akan digunakan sepanjang diploma show.

Secara keseluruhannya, logo ini bermaksud-
                 Gabungan idea kreatif yang lahir daripada akal fikiran dan diluahkan melalui lisan. Perkataan                                                                                                                         FIGURE di pilih membawa maksud 'bentuk' dan akronim kepada - ' Final Integration of Graphic Undergraduates Remarkable Exhibition'. ;)

Selasa, 31 Ogos 2010

MALAYSIA MERDEKA KE-53


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 kepada semua pengunjung laman blog ini. Tanya diri, merdekakah kita selama ini? Semoga kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan sebenar. Juga erti perjuangan pemimpin terdahulu, demi kedamaian negara MALAYSIA yang kita cintai ini dan janganlah pula kita asyik mengeluh dan cuba untuk membuat sesuatu yang boleh menyebabkan hilangnya DAMAI yang kita nikmati ini, DAMAI yang diperjuangkan oleh mereka yang terdahulu.  ;) renung-renungkan...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Diploma Show 2010

FIGURE stands for FInal year Graphic design Undergraduates Rhetoric Exhibition. The exhibition consist 33 final year students (5)fifth batch from Graphic Design Department, Faculty of Art & Design, UiTM Sarawak. This exhibition will be held on October 2010. And now, they just have their second review for Major Discipline on the last Friday( August 27,2010).