Isnin, 11 Oktober 2010

Pengenalan Identiti

Salam. 3rd Review untuk Major Discipline telah selesai. Di tengah kesibukan pelajar-pelajar part 6 menyiapkan kerja-kerja akhir sebelum menjelangnya final assessment & DIPLOMA SHOW, satu AJK di bentuk untuk membuat persedian menjelang hari berkenaan. Penubuhan AJK ini melibatkan kesemua pelajar part 6 yang mengambil kursus di bawah subjek Major Discipline iaitu seramai 32 orang.

Diploma Show ini merupakan satu pameran akhir oleh pelajar-pelajar Graphic Design & Media Digital, Fakulti Seni lukis dan seni Reka, UiTM. Dan kali ini merupakan batch kelima, pelajar tahun akhir yang akan membuat pameran. Tema untuk diploma show kali ini ialah hitam-putih. Setelah perbincangan di buat, inilah logo design yang akan digunakan sepanjang diploma show.

Secara keseluruhannya, logo ini bermaksud-
                 Gabungan idea kreatif yang lahir daripada akal fikiran dan diluahkan melalui lisan. Perkataan                                                                                                                         FIGURE di pilih membawa maksud 'bentuk' dan akronim kepada - ' Final Integration of Graphic Undergraduates Remarkable Exhibition'. ;)